Friday, September 5, 2008

"Universiti Tidak Seindah Fantasi"

ungakapan tersebut diambil daripada rakan yang baru aku kenal.. ungkapan ini menarik hati aku untuk meluahkan apa yang terpendam.. bukan ingin memburukkan U aku, tetapi apa yang aku ingin luahkan merupakan kenyataan.. dan mungkin kebanyakan mahasiswa/i pernah mengalaminya..

sememangnya pelajar terpaksa hidup berdikari di U.. termasuklah aku.. boleh dikatakan semua orang ingin melanjutkan pelajaran di IPTA tidak kira peringkat diploma mahupun ijazah termasuklah aku sendiri.. bagiku belajar di universiti merupakan satu kelebihan dan juga nikmat.. apabila aku mendapat tawaran di salah satu IPTA di semenanjung hatiku teramatlah gembira.. walaupun aku merupakan pelajar pengambilan ke-2.. tapi itu semua tidak mematahkan semangat seorang pelajar yang ada dalam diriku.. dalam fikiran terbayang suasana di IPTA..sistem pembelajaran, pengurusan yang dikatakan berbeza berbanding alam persekolahan dan lebih baik dari itu..

namun tanggapanku meleset sama sekali apabila aku menjejakkan kaki ke universiti yang dikatakan universiti pengurusan terbaik.. tanggapan ku terhadap title mahasiswa/i yang selama ini aku idamkan kini seboleh2 ingin ku jauhi.. ini kerana setelah 2 minggu aku berada disini.. dapat aku definisikan bahawa mahasiswa/i disini kebanyakannya berada di pemikiran kelas ke-3.. apa yang aku ingin luahkan disini.. sikap pelajar yang berpendidikan seharusnya lebih bersistem.. tetapi ia 'menyimpang' sama sekali.. lihat sahaja etika ketika menaiki bas sebagai contoh.. seharusnya beratur untuk tidak menyebabkan kesesakan ketika menaiki bas.. situasi ini seperti tiada di sini.. mahasiswa/i jarang beratur tetapi berebut2 untuk menaiki bas dan ini menyebabkan kesesakan untuk menaiki bas dan mungkin akan mengakibatkan kecelakaan jika tidak berhati2.. adakah ini merupakan sifat intelektual seseorang pelajar yang digelar mahasiswa/i..

dari segi pengurusan pula.. pendapat peribadi aku menyatakan bahawa ia belum memuaskan hati.. kami sebagai pelajar dipandang tidak penting.. pengalaman aku sendiri ketika ingin membuat pertukaran kelas.. pegawai yang bertugas tidak membenarkan aku berbuat demikian sedangkan kami dibenarkan menukar kelas untuk keselasaan pembelajaran.. sehingga hari ini aku belajar di dalam keadaan kurang menyenangkan dan aku terpaksa belajar sendiri tanpa panduan tenaga pengajar (untuk 1 subjek shj.)..

namun bagiku.. ini semua merupakan dugaan dan lumrah manusia..

benarlah ungkapan "Universiti Tidak Seindah Fantasi".. hidup di U mengamalkan konsep 'Survival'..jika anda tidak majukan diri, anda mati..

-sekian-

1 comment:

Faisal Admar said...

salam,

actually, survivor ni bagus dari satu sudut dan ada juga negatifnya dari sudut yang lain. biasa lah... life... ada pasang surut... ada pro and contra kan?

ya, kehidupan di universiti tidaklah begitu indah. etika dan kepandaian adalah 2 benda yang berbeza. kita dari sudut orang kayalah... adakah semua orang kaya tidak sombong dan tidak memandang rendah orang yang berkedudukan sederhana atau miskin? kebanyakan orang yang kaya ni berpendidikan tinggi malah ada yang sampai oxford dan harvard pun. cuma etika tiada. bawa kereta sama dengan orang yang hanya berpendidikan sehingga pmr atau spm. menjerit-jerit di bank macam budak darjah dua. maki hamun di pejabat cukai macam orang tak berpendidikan langsung! namun mereka merupakan bekas mahasiswa/i juga. jadi adakah etika/adab itu berkait rapat dengan pendidikan. saya ragu.

etika dan adab ni harus dipupuk tak kira sejauh mana dan setinggi mana pendidikan seseorang itu. kadang-kadang dapat kita lihat orang yang berkedudukan rendah lebih beretika dalam banyak hal contohnya memandu dan berurusan dalam pelbagai bidang. bak orang tua-tua kata... tepuk dada tanya selera kan?

diharap dapat bersabar ye. sebab hidup tak selalunya indah. yang manis kita pahatkan di batu dan yang pahit kita ukir di pasir. semoga angin menghembus pasir dan menghilangkan kepahitan dan selalu-selalulah melihat apa yang kita pahatkan di batu :)