Sunday, September 7, 2008

Haruskah Ini Berlaku

Ramadhan merupakan bulan yang penuh dgn nikmat dan rahmat.. peluang perniagaan semakin meluas.. lihat sahaja di pasar ramadhan.. ramai peniaga menjual makanan untuk dijadikan juadah berbuka puasa untuk pelanggan khususnya bg mereka yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan makanan sendiri..

Ini memberi keuntungan yang berlibat ganda berbanding bulan yang lain.. namun.. terdapat segelintir peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga makanan dan yang menyedihkan ada yang sanggup mengurangkan bahan dalam pembuatan sesuatu makanan semata-mata untuk mendapat untung yang lebih.

Situasi ini seharusnya tidak berlaku kerana bulan Ramadhan seharusnya disambut dengan baik dengan menolong orang lain, bukannya menindas..

Ingatlah bahawa rezeki yang kita dapati hasil jalan yang salah akan sebati dalam darah daging kita.. dan akan merosakkan hati kita..renungkanlah..

-sekian-

3 comments:

Faisal Admar said...

kalau menaikkan harga ikut suka hati then ini adalah salah. susah nak blame peniaga juga sebab harga barang masih tak turun even though minyak dah turun. kerajaan tak pantau pun harga barang... jadi pokoknya ialah harga barang sendiri hendaklah turun mengikut kadar penurunan minyak baru lah peniaga dapat menurunkan harga makanan juga.

bagi kes mengurangkan ramuan dalam makanan itu dah melampau. walaupun pembeli tidak tahu, Tuhan tahu. itu antara dia dengan tuhan lah jawabnya...

melayu mudah lupa kot? tu pasal asyik nak untung lebih. cuba tengok peniaga cina... tak pernah pikir nak untung lebih tapi pikir macam mana nak bagi customer ramai :) pelik... tapi benar. hakikat! :)

sakura said...

lagi sedap, lagi ramai customer. banyak customer byk jualan... even 5sen satu untung, kalo bleh jual 10 kali ganda dari yang untung 10sen satu dan ala kadar tuh... hohoho. mahal tapi sedap takleh handle takpe gak. ni kadang2 mahal tahap cipan tapi sedap taklah kemana pon. pif

lonely said...

tu yang jadi skarang nih.. peniaga melayu yg bnyk buat keje mcm ni.. pentingkan profit dari kualiti produk..